Taktik licik tiga buah bot nelayan Vietnam menyamar menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan tumpas selepas mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM<br />Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim, Rashidilhadi Abd Rashid berkata kesemua bot terbabit dikesan sekitar jarak 31 hingga 35 batu nautika timur laut Kuala Kemaman, pada Jumaat pagi
